Kamu melihat teguhnya seorang lelaki...
Wahai wanita..kamu sering mengatakan lelaki itu ego..sombong..keras kepala..hati batu..tiada perasaan..Adakah kamu tahu perasaan mereka..meraka juga lemah seperti kamu..
kerana.. Mereka juga manusia biasa..
Mereka juga menangis..mereka juga takut..mereka juga mampu merasakan kesakitan..mereka juga tahu perasan kecewa..
Kamu melihat mereka petah berbicara di khalayak ramai. Berdiri dengan penuh keyakinan, raut wajahnya memaparkan ketenangan.Walhal, adakah kamu tahu..kadang-kala lidahnya kelu seribu bahasa, perasaan gugup juga datang melanda.. Tetapi mereka menyembunyikannya, supaya orang yang melihatnya yakin kepadanya.
Wahai wanita.. kamu seringkali mengatakan lelaki itu keras hati..dan tidak menangis..adakah kamu ingin menjadi pembohong..? sedangkan sejak dilahirkan lagi smua kanak-kanak menangis..termasuk lelaki dan perempuan..
Jarang sekali kita lihat lelaki menangis..adakah kerana keegoannya..? atau sikap sombongnya..? tidak sama sekali.. mereka terpaksa berbuat demikian..Jika mereka menangis di depan semua orang, siapa yang akan yakin kepadanya..? kerana mereka akan dianggap seorang yang lemah.. wanita pasti tidak yakin kepadanya untuk menjadikannya sebagai ketua mereka..apatah lagi untuk berada disisinya.
Adakah kamu tahu..mereka sebenarnya selalu menangis..dikala kamu lena dibuai mimpi.. di saat tiada sesiapa yg mengetahuinya.. mereka bgun, bermunajat..menyembah Pengcipta Yang Agung.. menitiskan air mata apabila mengenang kembali kesalahan-kesalahan yang lalu dan memohon keampuan daripadaNya.
Kamu melihat lelaki itu berani dan kuat..supaya kamu berasa selamat disisinya..Sedangkan perasaan takut juga menimpa mereka seperti manusia biasa. Pengorbanan demi pengorbanan yang telah dilakukannya. Tetapi, kamu tidak pernah menghargainya..


